THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

Sabtu, 26 Disember 2009

undi ADcy!! untuk PENYANYI DUO)BERKUMPULAN POPULAR

undi umtuk adam DAN STACY!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adcy!!!!!!!!!!!!!!(THANKS TO AICO FC)

26 December 2009

Adam dan STACY @ Sehati Berdansa

Jangan lupa saksikan ADAM & Stacy
MENGGEGAR DUNIA
di Malam Final Sehati Berdansa
26 Disember 2009
Jam 9 Malam

Khamis, 24 Disember 2009

ADCY memeriahkn SEHATI BERDANSA 3!!!


Stacy, Adam, Hafiz Meriahkan Final SB3



Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2009:
Debaran kemuncak Sehati Berdansa 3 (SB3) sudah begitu hampir. Sabtu ini, 26 Disember 2009, semuanya akan terjawab apabila pasangan Sein & Nana serta Sazzy & Nazril akan turun ke gelanggang buat kali yang terakhir untuk mempamerkan bakat mereka sekali gus mengumpul dana buat rumah kebajikan masing-masing.

Seperti tahun sebelumnya, final SB3 akan diadakan di Dewan B, PICC, Putrajaya. Penerbit SB3, Norazian Mohd Zahir berkata tema persembahan pada malam penuh debaran itu adalah Kontemporari Melayu serta Latin. Acara akan bermula jam 9 malam dan pastinya dipancarkan kepada anda menerusi Astro Ria.

Selama ini Sazzy & Nazril seringkali menjadi pasangan pilihan di kalangan penonton. Namun kebolehan Sein & Nana jangan diperlekehkan kerana mereka pernah mendapat undian tertinggi mengatasi Sazzy & Nazril pada minggu ke-9 yang turut menyaksikan Isma & Zul tersingkir.

Selain pasangan yang bertanding, acara kemuncak itu turut dimeriahkan oleh beberapa artis undangan. Mereka termasuklah Hafiz AF7, Adam dan Stacy. Hafiz akan menyanyikan lagu tema SB3 manakala Adam dan Stacy pula akan mendendangkan lagu duet mereka, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem aksi fantasi, My Spy.

"Banyak lagi persembahan menarik akan dipersembahkan pada malam itu. Semua 9 koreografer yang bertungkus lumus pada musim ini juga akan digandingkan di lantai tari bagi menghiburkan penonton.

"Pada peringkat akhir ini juga pasangan juara akan menyumbangkan RM20,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka. Manakala naib juara pula akan menyumbangkan RM15,000. Pasangan juara akan membawa pulang sebuah kereta serta pakej percutian," katanya.

Apa yang menarik, kesemua pasangan yang pernah bertanding musim ini akan turut kembali membuat persembahan selingan. Yang menjadi persoalan, adakah pasangan Oshin & Firdaus akan muncul di lantai tari Sabtu ini kerana minggu lepas Oshin telah menarik diri sebabkan tidak sihat serta mengalami tekanan?

Jadi buat anda di luar sana, pastikan janjitemu anda bersama SB3 dan teruskan menyokong pasangan pilihan masing-masing kerana keputusan kini adalah 100 peratus di tangan anda dan bukan lagi markah campuran antara juri dan SMS.

Jumaat, 27 November 2009

buat yg minat menari!!!!!




BERITA GEMBIRA BUAT SEMUA YG INGIN BELAJAR MENARI!!!
"PAKEJ STUDENT" Kelas Tarian

Pakej A (berkumpulan)
5 orang ++
RM 200 seorang (sebulan)

Pakej B (perseorangan)
RM 250 seorang (sebulan)

Pakej C (sehari)

RM 30 (3 jam)



Studio Rental

Harga istimewa akan diberikan kepada pelajar. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM20 bagi setiap 1 jam.Sekiranya anda berminat, anda perlu mem
buat tempahan terlebih dahulu.


*Syarat: Anda perlulah menunjukkan kad pelajar anda untuk menikmati pakej yang ditawarkan.

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana pakej istimewa yang ditawarkan oleh AICO STUDIO anda bolehlah menghubungi kami di talian yang tertera di bawah:-
03-56222729 (AICO Office)
014-263 2919 (Weina (afcm)
(talian di buka dari 8 malam hingga 11 malam)

Jumaat, 6 November 2009

KHAS BUAT PEMINAT STACY!!!!!!!!!

Bukan niat hendak memalukan sesiapa, kalaupun kami tidak tempek petikan akhbar mengenai kisah ini, tetapi seluruh negara telah baca. Niat kami cuma hendak membuka mata dan hati buta si pengutuk tu yang Stacy diperakui berjaya dan menonjol, seperti yang ditulis oleh wartawan ini, antara petikannya INGAT BOLEH JADI SEHEBAT MAWI, MILA DAN STACY? Yang Juara AF pun ada yang tenggelam, inikan pula yang bukan Juara. Pesanan saya, kalau mahu artis anda berjaya, kempen dan sokonglah dia, bukan masuk rumah orang lain ( Blog atau Website artis lain ) sambil mengutuk kerana anda buang masa...lebih baik masa itu anda guna untuk bersoarak sorai pada artis yang anda sokong atau masa itu gunakan untuk sms lagu permintaan untuk artis anda. Pada ahli Stacy's Frenz atau kalau bukan ahli ( sekadar peminatnya saja ), jangan layan kutukan kerana takut nanti ada yang sengaja hendak melagakan FC dengan mengutuk artis lain. Ianya pernah terjadi bila ada FC lain masuk menyamar penyokong Nadia AF6 sambil mengutuk Stacy...nasib baik saya profesional ...berjumpa dengan Presiden Nadia FC dan kami berjaya menjernihkan suasana dan perasan ada orang lain yang simbah minyak tanah. Saya minat juga Felix sepertimana Stacy meminatinya dulu dan saya setiap minggu vote dia masa AF3 dulu, sayang bakat besarnya itu, kini dia terpaksa bernaung dibawah syarikat sendiri. Jadi pada yang menggesa Stacy kenapa tidak bernaung di syarikat sendiri atau ada yang berpendapat dia tidak maju di bawah Astro Entertainment, sedarlah, Astro hanya simpan Artis yang mereka rasa laku dan boleh buat duit, mereka hanya simpan 5 artis yang mereka rasa berbakat besar dan laris- KOSE

Khamis, 5 November 2009

TAHNIAH ADAM & STACY!!!!!!!!!

Tahniah ADCY!!!AKA ADAM& STACY kerana lagu Benar-Benar dan Pakai Buang berjaya masuk ke Pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik!! Sama-sama kita doakan dan pergi ke Plaza Alam Sentral untuk memberi sokongan!!!

Credit Article : Budiey

Pada jam 4.30 petang tadi, telah berlangsung sidang media pengumuman lagu-lagu yang berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik-Muzik di perkarangan Sri Pentas. Sebanyak 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik telah diumumkan dan artis serta wakil telah mencabut undi giliran.

Mereka adalah:

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4.PAKAI BUANG(STACY)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.

Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my

Semi Final muzik-muzik...

JGN Lpe tengok muzik-muzik...n undi ADAM DAN STACY....;P
Cara-cara mengundi akan diberitahu...;p

Rabu, 4 November 2009

STACY AF6 cuba tiru gaya AGNES????



stacy-001
yang lahir daripada program realiti tv, Akademi Fantasia 6 dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri dengan meniru gaya artis dari seberang iaitu . Mungkin penonton pun perasan gaya tarian dan nyanyian ada la sikit-sikit menyerupai penyanyi indon terbabit.

“Nampak sahaja konsep album kami sama, malah kami juga memiliki persamaan apabila berupaya menari dengan lincah semasa menyanyikan lagu-lagu yang berentak rancak. Namun ini tidak bermakna saya cuba meniru dia (Agnes) demi meraih perhatian daripada para peminat. Kalau didengari betul-betul, saya dan Agnes ada perbezaan dari segi nyanyian”, ujar gadis yang berasal dari Sabah ini.

Kalau nak baca kisah lanjut penjelasan , ada di sini. Untuk tidak menghampakan peminat-peminat di luar sana, ini dia beberapa pose menarik dari :

stacy-002

stacy-003

stacy-004

FILEM MY SPY SATUKAN VOKAL ADAM DAN STACY!!!!

KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik.

Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Mat Spy.

Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran Mat Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut.



"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya.

"Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat.

"Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.


Stacy teringin berduet dengan Chaq

Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat?

Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu.

"Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya.

Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian.

Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai.

"Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.

"Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen.

"Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi.



Selasa, 6 Oktober 2009

baju raya...credits thans to gua.com. and STACYFRENZ...







selamat hari raya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

stacy@Rakaman JAGN TIDO LAGI....







SO 2 ALL FANS STACY YANG INGIN TURUT SERTA MENYAKSIKAN RAKAMAN JANGAN TIDO LAGI BOLEY MENGHUBUNGI..

0162085693-KOSE


Selasa, 4 Ogos 2009

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN HARI JADI STACY KE 19!!!























BERtemakan (FUNKY ROCK) SUNGGUH MENARIK..PAKAIAN YG DIPAKAI STACY SUNGGUH CANTIK...RAMAI ARTIS YG HADIR PADA JAM 8.30 MALAM ITU SEPERTI 'CHAQ',KUMPULAN EVO,DIDDY AF4,ANAK BUAH STACY,NAIZLE,THYE PUN ADA DAN RAMAI LAGI...YANG PASTI PERSEMBAHAN ANK BUAH STACY SUNGGUH BEST WALAUPUN KECIL MOLEK..BANYAK AKTIVITI YAG DIJALANKAN PADA MALM ITU...HOPE STACY TERUS SUKSES!!!!!!
TO BUDIEY.COM CO THANKS FOR THE PIC K...

Jumaat, 31 Julai 2009

STACY-ADAM JAMIN LAGU
"MENGGEGAR DUNIA" memanag BEST!!

Meraka bukan sahaja datang dari negeri dan progam
yang sama iaitu SABAH dan AKADEMI FANTASIA(AF) malah turut berkongsi minat dan kebolehan yang sama iaitu pandai menari sambil menyanyi.
itulah STRACIE ANGIE ANAM A.K.A STACY yang merupakan bekas pelajar AF6 manakala MOHD AIZAM MAT SAMAN A.K.A ADAM yang merupakan bekas pelajar AF2.
Gandingan mantap ini dipertemukan untuk menyanyikan lagu "MENGGEGAR DUNIA" terbitan KRU STUDIOS.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh ADRY KRU itu merupakan lagu runut bunyi untuk dimuatkan dalam filem "my spy" yang juga terbitan KRU STUDIOS.
Ditanya tentang lagu duet yang dirakamkan itu,STACY,19 lebih SUKA berkongsi tentang pengalaman yang manias ketika berduet dengan ADAM.
'Saya berasa senang apabila berduet dengan ADAM kerana kami sama-sama dari satu tempat dan konser sama.
"Apabila saya menyanyi dengannya,Saya berasa SELESA kerana mudah untuk kami berkomunikasi dalam LOGHAT SABAH.
"Lagipun,kami berdua jenis suka menari dan konsep yang sama.Jadi,Dia selalu memberi idea semasa bekerjasama.
"Lagu YANG SAYA RAKAMKAN INI BEGITU RANCAK,JADI SERONOK PULA KETIKA MENYANYINYA BERSAMA ADAM.
"SAYA JAMIN LAGU INI MEMANG ' BEST ' DAN TUNGGU SAHAJA KEMUNCULANNYA,".Kata STACY yang turut merakamkan lagu duet dengan penyanyi dan komposer AJAI.....

'DIPETIK DARI mSTAR Online'

Khamis, 30 Julai 2009

BLOG ADcy Baru berMUla...

TO ALL FANS STACY AND ADAM A.K.A ADcy dont forget nntikan BLOG ADcy yg berapa x siap ni agi okeh.......he3...;p