THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

Sabtu, 26 Disember 2009

undi ADcy!! untuk PENYANYI DUO)BERKUMPULAN POPULAR

undi umtuk adam DAN STACY!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adcy!!!!!!!!!!!!!!(THANKS TO AICO FC)

26 December 2009

Adam dan STACY @ Sehati Berdansa

Jangan lupa saksikan ADAM & Stacy
MENGGEGAR DUNIA
di Malam Final Sehati Berdansa
26 Disember 2009
Jam 9 Malam

Khamis, 24 Disember 2009

ADCY memeriahkn SEHATI BERDANSA 3!!!


Stacy, Adam, Hafiz Meriahkan Final SB3



Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2009:
Debaran kemuncak Sehati Berdansa 3 (SB3) sudah begitu hampir. Sabtu ini, 26 Disember 2009, semuanya akan terjawab apabila pasangan Sein & Nana serta Sazzy & Nazril akan turun ke gelanggang buat kali yang terakhir untuk mempamerkan bakat mereka sekali gus mengumpul dana buat rumah kebajikan masing-masing.

Seperti tahun sebelumnya, final SB3 akan diadakan di Dewan B, PICC, Putrajaya. Penerbit SB3, Norazian Mohd Zahir berkata tema persembahan pada malam penuh debaran itu adalah Kontemporari Melayu serta Latin. Acara akan bermula jam 9 malam dan pastinya dipancarkan kepada anda menerusi Astro Ria.

Selama ini Sazzy & Nazril seringkali menjadi pasangan pilihan di kalangan penonton. Namun kebolehan Sein & Nana jangan diperlekehkan kerana mereka pernah mendapat undian tertinggi mengatasi Sazzy & Nazril pada minggu ke-9 yang turut menyaksikan Isma & Zul tersingkir.

Selain pasangan yang bertanding, acara kemuncak itu turut dimeriahkan oleh beberapa artis undangan. Mereka termasuklah Hafiz AF7, Adam dan Stacy. Hafiz akan menyanyikan lagu tema SB3 manakala Adam dan Stacy pula akan mendendangkan lagu duet mereka, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem aksi fantasi, My Spy.

"Banyak lagi persembahan menarik akan dipersembahkan pada malam itu. Semua 9 koreografer yang bertungkus lumus pada musim ini juga akan digandingkan di lantai tari bagi menghiburkan penonton.

"Pada peringkat akhir ini juga pasangan juara akan menyumbangkan RM20,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka. Manakala naib juara pula akan menyumbangkan RM15,000. Pasangan juara akan membawa pulang sebuah kereta serta pakej percutian," katanya.

Apa yang menarik, kesemua pasangan yang pernah bertanding musim ini akan turut kembali membuat persembahan selingan. Yang menjadi persoalan, adakah pasangan Oshin & Firdaus akan muncul di lantai tari Sabtu ini kerana minggu lepas Oshin telah menarik diri sebabkan tidak sihat serta mengalami tekanan?

Jadi buat anda di luar sana, pastikan janjitemu anda bersama SB3 dan teruskan menyokong pasangan pilihan masing-masing kerana keputusan kini adalah 100 peratus di tangan anda dan bukan lagi markah campuran antara juri dan SMS.