THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

Ahad, 28 Februari 2010

Syamsul, STACY pernah intim!!!

Syamsul, Stacy pernah intim
Oleh Zubir Mohd Yunus

Pengarah filem muda, penyanyi wanita popular nafi bercinta sebaliknya akui rapat kerana projek lagu duet

SELEPAS puas dipujuk, pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof, 26, akhirnya mengakuinya dirinya pernah menjalin hubungan intim dengan juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, sejak kali pertama bertemu penyanyi remaja berkenaan di Genting Highlands pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tahun lalu.

Namun, Syamsul juga menyifatkan hubungan itu belum sampai tahap dalam percintaan sebaliknya lebih kepada hubungan erat sebagai kawan atau dalam dalam perkataan yang sering diguna pakai dalam kopnteks itu ialah ‘teman tapi mesra’.

Selama ini hubungan mesra Syamsul dan Stacy tidak berjaya di hidu pihak wartawan sehinggalah program hiburan popular TV3, Terjah siaran 22 Februari lalu mendedahkan kereta BMW warna putih milik anak kesayangan penerbit filem dan drama terkenal, Datuk Yusof Haslam itu dilihat beberapa kali berada di perkarangan rumah Stacy sebelum ini.

Syamsul pula dalam kenyataannya kepada program berkenaan tidak menafikan dia pernah mengunjungi rumah Stacy, namun melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pihak wartawan akhirnya berjaya juga menghidu perhubungannya dengan Stacy.

Pengarah filem Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) itu ketika dihubungi, baru-baru ini berkata, kali pertama dia mengenali Stacy apabila melihat persembahannya pada malam ABPBH 2008 tahun lalu dan sejak itu perhubungan mereka semakin mesra, bukan saja bersama Stacy, malah Syamsul juga berkawan rapat dengan anggota keluarga Stacy yang lain apabila mereka turut menetap bersama penyanyi berkenaan di Puchong, Selangor ketika itu.

“Saya tak nafikan hubungan saya dan Stacy memang intim, namun ia sama sekali tidak membabitkan sebarang perasaan cinta antara kami. Ketika saya mengenali Stacy, jadual kerja saya tidak padat, justeru kami sering berhubungan menerusi telefon dan tak dinafikan, saya juga pernah mengunjungi rumah Stacy beberapa kali yang didiaminya bersama anggota keluarganya lain.

“Pada masa sama, saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama Stacy untuk dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2. Justeru, kami sering berhubungan dan berbincang mengenai projek album berkenaan. Lagipun Stacy dan anggota keluarganya yang lain jenis selamba dan happy go lucky, maka saya selesa berkawan dengan mereka.

“Tapi, hubungan mesra kami tidak kekal lama kerana projek duet saya bersama Stacy tidak menjadi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan jadual kerja saya kembali sibuk dengan proses akhir pembikinan EKLD2 dan pengarahan filem terbaru, Khurafat. Justeru, kami tidak lagi berhubungan seperti selalu, telefon pun dah jarang, cuma sekali sekali kami sekadar berbalas SMS saja.

“Saya juga sudah tidak lagi berkunjung ke rumah Stacy kerana kekangan waktu yang begitu terhad disebabkan kesibukan saya di studio dan lokasi penggambaran. Pada waktu sama, Stacy dan keluarganya turut berpindah ke rumah baru. Saya sendiri tidak tahu di mana lokasinya. Namun, untuk mengekalkan persahabatan, sekali sekala saya ada menghubungi Stacy untuk bertanya khabar,” terang Syamsul berterus-terang.

Syamsul juga mengakui, dia masih berkawan baik dengan seorang pelajar kolej, Nabila Fatimah, 18, yang pernah digosipkan dengannya tidak lama dulu. Dalam kerancakan EKLD2 bakal menemui peminat di pawagam pada 25 Mac ini, Syamsul berkata fokusnya ketika ini ialah terhadap kerjaya apabila dia perlu mengarahkan beberapa lagi judul filem tahun ini, sekali gus belum punya waktu memikirkan soal jodoh secara serius.

Sementara itu, Stacy ketika dihubungi memberikan kenyataan yang sama apabila mengakui mengenali Syamsul ketika bertemunya pada ABPBH 2008 dan sejak itu mereka mula berkawan rapat.

“Selepas perkenalan itu, kami mula berkawan baik. Dalam masa sama, Syamsul juga rapat dengan anggota keluarga saya yang lain. Kami senang berkawan dengan Syamsul kerana dia seorang yang ‘gila-gila’. Saya tak nafikan, memang Syamsul pernah beberapa kali bertandang ke rumah saya di Puchong. Namun, bukan kami berdua saja di rumah berkenaan kerana anggota keluarga saya yang lain pun tinggal bersama.

“Syamsul juga pernah menyuarakan hasratnya untuk berduet dengan saya dalam lagu yang akan dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2, justeru kami sering berhubung dan berbincang mengenai perkara berkenaan, namun sayangnya Syamsul memaklumkan kepada saya, projek duet itu tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Pun begitu, saya ingin menafikan kami menyimpan perasaan cinta di hati masing-masing. Perhubungan kami belum sampai ke fasa percintaan. Sekadar berkawan rapat. Selepas projek duet itu tidak menjadi, Syamsul pula sibuk menguruskan kerjaya, justeru kami tidak lagi sering berhubungan seperti kelazimannya. Tapi, saya tak nafikan, adalah sekali sekala kami berhubungan menerusi telefon bertanya khabar.

“Lagipun sejak saya dan keluarga berpindah ke rumah baru di Bandar Kinrara, Syamsul belum pernah datang ke sana. Mungkin dia sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan saya pula sibuk dengan aktiviti nyanyian. Namun, saya tidak nafikan, suatu ketika dulu memang kami berkawan rapat, namun bercinta tidak sekali,” kata Stacy menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

Jumaat, 26 Februari 2010

Adam dan stacy@ rakaman muzik-muzik


Rabu, 17 Februari 2010

(STACY)Enggan fokus 2 serentak


Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

KEUPAYAAN vokal dan persembahan ligat Stacy atau Stracie Angie Anam setiap kali beraksi atas pentas sangat mengagumkan. Meskipun bertubuh genit, kelincahan dan tenaga ditonjolkan bersama barisan penarinya sukar ditandingi.

pix_middle
sebelum - selepas
SERIUS...Stacy lanjut pengajian peringkat Diploma Bunyi & Muzik. STACY...tolak dulu lamaran berlakon drama dan filem.


SERIUS...Stacy lanjut pengajian peringkat Diploma Bunyi & Muzik.
Bakatnya terbukti apabila penyanyi remaja dan belia Sabah itu melonjak mencapai puncak kegemilangan bergelar juara Akademi Fantasia 6 (AF6).

Kejayaan itu berterusan dipilih Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Bagaimanapun, penyanyi menempa nama menerusi lagu Aku Stacy dan Pakai Buang belum puas terhadap pencapaiannya. Pendek kata, kejayaan lebih bermakna andai peminat berpuas hati dengan penyampaian lagu dan persembahan.

"Perkataan pertama kepada mereka ialah terima kasih. Sokongan keluarga, komposer dan peminat jadi pembakar semangat sejak zaman AF6 hingga sekarang. Memang impian mana-mana pendatang baru mahu bergelar penyanyi profesional.

"Jadual saya sibuk sepanjang Mac dan April depan. Hasrat melanjutkan pelajaran yang tersekat beberapa tahun lalu tercapai akhirnya. Bermula 1 Mac ini, saya memulakan pengajian Diploma Bunyi dan Muzik di Universiti Kreatif dan Teknologi LimKokWing.

"Pada masa sama, jadual dan pelajaran dirancang awal agar tidak bertindih. Saya tidak mahu keadaan kelam-kabut kerana jadual tidak teratur. Saya harap pengajian ditamatkan lebih awal iaitu dua tahun berbanding tiga tahun ditetapkan.


"Pada penghujung Mac juga, saya tampil finalis melalui dua lagu dalam Hits1 RTM. Pakai Buang untuk lagu solo dan duet bersama Adam melalui Menggegar Dunia.

"Cabaran memang hebat. Lapan penyanyi berpengalaman serta hebat seperti Ella, Tomok, Misha Omar, Faizal Tahir dan beberapa lagi nama popular akan bersaing bersama saya," katanya.

Buat masa ini, Stacy sedang proses menyiapkan video klip bagi single baru, Jahat. Lagu ciptaan Edry Abd Halim itu akan diputarkan di stesen radio tidak lama lagi.


Meskipun mendapat tawaran berlakon filem dan drama, Stacy terus terang mengatakan mahu lebih dikenali sebagai penyanyi.

"Bidang lakonan istilah baru. Beralih ke bidang lakonan dan serta-merta jadi pelakon tidak dirasakan sesuai buat masa ini.

"Sukar fokus dua bidang serentak. Saya tidak kejar populariti kononnya nama lebih terkenal jika jadi pelakon pula. Saya ada pendirian dan tidak mahu terburu-buru berubah fikiran apabila dapat tawaran.

"Buat masa ini, keutamaan pelajaran dan karier. Saya syukur bidang diceburi membolehkan saya tampung hidup sendiri dan menyara keluarga.

"Walaupun berkesempatan bertemu tiga kali setahun, ibu dan keluarga datang dua atau tiga kali setahun menjenguk saya di Kuala Lumpur. Kadang-kadang mereka tinggal selama sebulan di sini," kata Stacy.


Bagi dua pencalonan kategori ABPBH tahun ini, Stacy sekali lagi dicalonkan untuk dua kategori. Selaku top 5 finalis ABPBH, Stacy akan mempertahankan gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Gandingan bersama Adam melalui lagu Menggegar Dunia, mereka juga finalis Top 5 kategori Artis Berkumpulan atau Duo Popular.

Jika dua bulan lalu, rambut Stacy dipenuhi pelbagai warna, dia ini mengenakan imej rambut pendek.


"Sebenarnya imej rambut pendek gaya baru. Saya mahu kelainan. Sehari selepas final Anugerah Juara Lagu (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, saya ambil keputusan memotongnya.

"Sebelum itu, pakar salun menyuruh potong. Banyak rambut gugur berikutan penggunaan pewarna rambut berlebihan. Sekarang, lega kerana rambut kembali asal seperti zaman usia 15 tahun," katanya sambil ketawa kecil.


Stacy berkata, dia suka tajuk pelik pada setiap lagu nyanyiannya. Tajuk lagu dan single seperti Gagap, Pakai Buang dan Jahat membuktikan realiti itu.


"Ramai peminat tanya menerusi laman web saya mengapa tajuk lagu pelik. Kebanyakan idea pencipta lagu, Edry. Dia suka tajuk pelik dan tanya saya, saya kata setuju kerana ada kelainan.


"Apa pun, paling penting peminat dapat menerima Stacy seperti pernah kenali sebelum ini. Saya akan kekal seperti ini untuk terus menghiburkan peminat di mana saja saya berada," kata Stacy.

Ditanya apakah dia kecewa lagu Pakai Buang tidak muncul juara Anugerah Lagu ke-24, baru baru ini, Stacy berkata, lagu itu antara lagu terbaik melonjak populariti.


"Lumrah pertandingan, ada menang, ada kalah. Saya tidak rasa kalah sebaliknya lagu itu membuatkan diri lebih dikenali. Lagu Aku Stacy juara carta Era dan Muzik Fm sementara Pakai Buang juara carta Era. Menggegar Dunia berada dalam kedudukan empat teratas beberapa stesen radio sekarang," katanya.


Berbicara mengenai teman lelaki, Stacy mengaku belum sedia bercinta.


"Terus terang, saya belum sedia. Hubungan dua hati terlalu serius bagi usia sekarang. Saya mahu menyimpan duit dan membuka perniagaan sendiri pada masa depan.

"Antaranya membuka restoran atau studio rakaman. Paling penting, tidak lupa membalas jasa keluarga ibu, bapa dan adik-beradik yang banyak berkorban selama ini," kata Stacy.

Sebelum menyertai AF6, Stacy mencuba bakat dalam program realiti nyanyian seperti One in a Million (OIAM) dan Gang Starz. Gandingan bersama adiknya, Camellus De'lleli Anam dengan nama kumpulan E-voke tersekat di separuh akhir.

>Profil
NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
GELARAN: Stacy
NAMA TIMANGAN: Putet
TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
TEMPAT LAHIR: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
KARIER: Penyanyi
ZODIAK: Leo
TINGGI: 155cm
BERAT: 51kg
IDOLA: Beyonce, Christina Aguilera, Felix AF3
HOBI: Menyanyi, menari
BANGSA: Kadazan
STATUS: Bujang
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi goreng dan sambal
PENCAPAIAN:

  • Juara Akademi Fantasia 6 (AF6)
  • Pemenang Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
  • Pemenang kategori Anugerah Popstar Shout! Awards 2009
  • Penyanyi Terbaik kategori Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik 2009
  • Penyanyi Wanita Kedua paling popular Anugerah Planet Muzik 2009 di belakang Datuk Siti Nurhaliza
  • Pengiktirafan Kementerian Sukan dan Budaya Sabah sebagai ikon remaja Sabah dan idola industri hiburan
    DISCOGRAFI ALBUM STUDIO:
    2009: Aku Stacy
    SINGLE:
  • Aku Stacy
  • Gagap
  • Pakai Buang
  • Jahat
  • Rabu, 10 Februari 2010

    ADcy!!!!




    Selasa, 9 Februari 2010

    Calling for all dancers to join our Audition!!



    UJIBAKAT PENARI LATAR

    Jika anda berminat untuk menjadi seorang penari profesional bagi mengiringi ADAM AF2 dan artis-artis dari Aico Entertainment Zone, jangan lupa untuk sertai ujibakat yang akan diadakan di Aico Studio tidak lama lagi!

    Terbuka untuk semua rakyat Malaysia, lelaki ataupun perempuan.
    Mestilah berumur daripada 16 tahun ke atas.
    Ujibakat akan dijalankan di Sunway Mentari.
    Tarikh (Februari) dan masa akan ditentukan kelak.

    Untuk pra pendaftaran, Sila Hubungi :
    Ms Waheeda : 016 396 9426


    ----------------------------------------------------------

    AUDITION FOR BACK-UP DANCERS

    AICO GROUP is now in search for the back-up dancers for ADAM AF2 and also to other Aico Entertainment artistes. For those who are interested, do come to our audition that will be held at Aico Studio (Sunway Mentari).

    Open to all Malaysian (male / female), age 16 and above.
    Audition will be held at sunway mentari. Date (feb) & time will be announced later.

    Those interested, please call / sms :
    Ms Waheeda : 016 396 9426

    Stacy @ Red Box - The Garden

    Feb 10, 2010





    Location : Red Box, The Garden
    Masa : 10 malam - 12 malam
    Acara : Sambutan hari lahir 4 ahli SaFC (Halle, Aizulzaril, Maelyn & Casper)

    Majlis diadakan bersempena sambutan empat orang ahli SaFC yang menyambut hari jadi sepanjang Febuari. Selain acara memotong kek, Stacy sempat berkaraoke bersama-sama kami.

    Gambar oleh Aizulazril