THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

Khamis, 14 Januari 2010

AICO VX

Aico VX

Dari Tinta Administrator.

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung blog ini. Semoga apa yang diimpikan pada tahun ini akan berjalan lancar dan segala kenangan 2009 kita patrikan bersama untuk menjadi kenangan terindah dan pengalaman berharga. Ramai mula sudah bertanya, apa itu AicoVX? AVX? AVERX?

Untuk pengetahuan semua, Adam Fan Club Malaysia sudahpun bertukar nama sejak 19 Disember 2009 yang lalu, menjadikan AFCM sebagai sebuah Fanclub yang bertahan selama 5 tahun atau 64 bulan. Pihak AJK AFCM terutamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Adam dan badan2 perseorangan yang telah meyokong penuh usaha Fanclub dalam membentuk dan menyokong artis yang dinaungi - ADAM.

5 tahun dipenuhi dengan segala usaha dan getir bagi memastikan Fanclub tetap berada di atas. Alhamdulillah, berkat semua, AFCM masih bertahan sehingga 5 tahun lamanya. Maka, atas persetujuan semua, AFCM akan diletakkan di bawah penjagaan Aico Entertainment Zone, iaitu syarikat milik Adam yang sudah mula beroperasi. Sejajar dengan perubahan ini, pihak AJK juga bersetuju untuk membubarkan nama AFCM dan AJK bagi mencipta sebuah kelainan dan seterusnya menaikkan taraf Fanclub.


AicoVX (AVX)
AicoVX merupakan singkatan kepada Aico Very eXclusive. Idea ini dicetuskan oleh Adam untuk memberikan hanya yang terbaik buat peminatnya. AicoVX bukan hanya akan terlibat dengan kelab peminat Adam, malah juga kepada artis-artis yang bakal bernaung di bawah Aico Entertainment Zone seperti BadBoyz. Keahlian akan mula dibuka pada bulan Februari ini dan ahli berbayar untuk AicoVX akan digelar AVERX dan bakal mempunyai kad keahlian eksklusif. Pemegang kad keahlian ini akan mendapat pelbagai barangan eksklusif dan diskaun ke atas album dan merchandise.

AVERX
Semua ahli yang mempunyai kad keahlian eksklusif akan dipanggil AVERX (singkatan kepada Aico VERY eXclusive).

WARNA
Warna tema AicoVX adalah Silver, Black & Red.

Aico EXEC
Aico EXEC merupakan golongan EXECutive di bawah pengurusan Aico Entertainment Zone yang akan bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran AicoVX. Sebarang urusan berkenaan AVX boleh terus dikemukakan melalui Aico EXEC di alamat email aicovx@gmail.com

KEAHLIAN
Keahlian AicoVX hanya akan dibuka bulan Februari ini dan ianya berbayar. Sesiapa yang berminat boleh download borang yang akan diletakkan di blog ini nanti dan poskan ke alamat yang ditetapkan. Proses keahlian baru akan memakan masa dalam sebulan.

KEISTIMEWAAN
Ahli AVERX yang berdaftar akan memperolehi kad keahlian eksklusif dan boleh mendapatkan diskaun serta servis eksklusif lain yang akan diberitahu kelak.

AKTIVITI
Aktiviti yang bakal dianjurkan oleh AicoVX boleh dihadiri oleh semua orang yang ingin menyertainya, tidak kira AVERX ataupun tidak. Namun, AVERX bakal mendapat potongan diskaun untuk menyertai aktiviti AicoVX dan juga barangan eksklusif Aico Entertainment Zone.

LAMAN WEB / BLOG

Laman web rasmi AicoVX adalah di alamat www.aicoentertainment.com Namun, web ini masih dalam proses pengubahsuaian sehingga diberitahu kelak. Blog ini masih akan kekal sebagai tempat untuk berita terkini mengenai pelbagai agenda mengenai AICO.

Nantikan pelbagai agenda menarik sepanjang 2010 bersama Adam dan AicoVX. Sebarang maklum balas, boleh terus email kepada kami di alamat aicovx@gmail.com atau adamfcm@gmail.com Teruskan sokongan anda semua untuk AicoVX dan pastikan kita akan kekal bersatu sehingga selamanya di bawah naungan satu nama - AICO.

0 ulasan: