THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

VOTE 4 ADCY!!!!!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

UNDI ADAM&STACY 4 ABP and HITS 1 !!!!!!!!!

Rabu, 20 Januari 2010

Dengarnya... Kenapa Stacy sombong sangat?(BERITA HARIAN@hip)

Dengarnya... Kenapa Stacy sombong sangat?

Oleh Normah Becok

BARU saja nak melelapkan mata, tiba-tiba Blackberry Cik Normah berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Berdebar dalam hati, risau juga kalau ada perkara penting terutama membabitkan keluarga di kampung. Risau juga kalau dapat pesanan daripada bos fasal kerja.

Tapi apabila Cik Normah tengok nama yang tertera, rupa-rupanya si penghantar mesej itu adalah kawan baik Cik Normah yang bertugas di awan biru.

Katanya dia baru saja mendarat di Kuala lumpur selepas bertugas di sebuah negeri. Di mana negeri tu, tak payahlah Cik Normah nak beritahu. Yang Cik Normah hendak kongsi di sini perasaan kurang senang melihat gelagat penyanyi remaja yang berbakat besar iaitu Stacy.


Terkejut juga sebab setahu Cik Normah, Stacy yang dikenali adalah budak baik, peramah dan mudah mesra.

Menerusi kiriman SMS yang panjang berjela-jela kawan Cik Normah itu mengatakan Stacy nampak macam sombong atau dalam bahasa hiburan kekwat. Ini berlaku sewaktu penyanyi ini menaiki penerbangan yang sama dengannya. Sebaik saja ternampak Stacy, dia cubalah senyum, tetapi malangnya penyanyi buat tak tahu saja.

Kemudian apabila ada anak kapal bertanyakan apakah makanan yang diingininya, Stacy hanya menyuruh ibunya memberikan jawapan. Amboi! Sudah tak ada suara lagikah sampai nak suruh emak sendiri jadi jurucakap. Kata kawan Cik Normah itu lagi, bukan saja dalam kapal terbang, kerenah kurang menyenangkan penyanyi itu terbawa-bawa sehingga di lapangan terbang.

Cik Normah tidak mahu salah sangka kepada Stacy. Mungkin masa itu Stacy kepenatan atau ada masalah peribadi dengan keluarga atau teman lelaki. Siapa tau...

Kalau iya pun, apalah salahnya melemparkan senyuman kepada peminat. Tahulah Stacy sekarang popular, tetapi kata orang, apalah salahnya mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Ingat kalau tak ada peminat, Stacy tak macam sekarang.

0 ulasan: